Raya Hipster di Melbourne, Australia 5h4m

Trip bermulanya disini…..

Day 1 - Raya Pertama… 15 Jun 2018 ( Jumaat )

Bertolak dari KLIA jam 2230 ke Tullamarine Airport, Melbourne mengambil masa 8 jam dan tiba pada jam 0830 ( waktu di Melbourne ).

Image result for picture Tullamarine Airport, Melbourne
Tullamarine Airport, Melbourne

Day 2 - Raya Kedua… 16 Jun 2018 ( Sabtu )

Sesampainya di awal pagi, kami meneruskan perjalanan dengan menuju ke Mono Apartment on La Trobe, menaiki Skybus iaitu Freebus. Setibanya di apartment, kami tinggalkan barang dan rehat sekejap dan keluar semula ke Coles Supermarket dan Queen Victoria Market menaiki PVT metro train untuk membeli barang persiapan makan besar raya… katanya ^_^… hahaha… Selesai sudah kami meneruskan perjalanan dan kemudian melawat State Library.Dari apartment menuju ke Melbourne University untuk feeling-feeling belajar di overseas, dan seterusnya ke Parliament House untuk ke destinasi kami hanya menaiki free bus, train dan trams. Dari Parliament House kami bertolak ke Old Treasure Building yang menarik tentang tempat ini ialah bangunan bersejarah ( photo time ). Dari Old Treasure kami pergi ke Finder Street Station, sekitar tempat ini ada Lord of Fries ( Food Insta wajib datang tempat ni ). Disebabkan masa yang suntuk kami sempat melawat ke tempat- tempat berikut Melbourne Visitor Centre, Federation Square, ACMI, St. Paul Cathederal dan Eureka Skydeck 88 ( kalau di Malaysia macam Menara KL laa… ) Trip hari pertama selesai dengan pulang semula ke apartment kerana memasing kepenatan.

Eureka Skydeck 88

Day 3 - Raya Ketiga… 17 Jun 2018 ( Ahad )

Trip diteruskan lagi dengan melawat National Gallery of Victoria dan Union Lane ( tempat Shopping ) ada Royal Arcade, Melbourne GPO dan Block Arcade , destinasi seterusnya ialah ke Degraves Lane disini kami mencuba Freshly Brew Coffee bersama donut yang sedap berintikan jem strawberi, dan terus ke Direct Factory ( sempat bershopping beg Fossil murah sangat berbanding di KL… hahaha ) / Etihad Stadium. Antara tempat menarik yang kami kunjungi ialah Luna Park dan St. Kilda Beach ( tempat berkumpulnya peguin yang comel ). Destinasi terakhir pulang ke Mono Apartment untuk makan malam.


National Gallery of Victoria
                                                                            

Day 4 - Raya Keempat… 18 Jun 2018 (Isnin)
Puffing Billy Train, Belgrave Station
Percutian diteruskan dengan berjalan ke Puffing Billy Train, Belgrave Station ( keretapi lama berusia 100 tahun lebih dan tiba-tiba teringat cerita kartun Thomas and Friends ). Kemudian perjalanan menuju ke Brighton Beach untuk sesi bergambar dengan pondok yang diwarnakan bermacam-macam warna menarik. Sebelum pulang ke apartment, singgah sekejap ke destinasi terakhir iaitu China Town untuk cuci mata.

Brighton Beach

Day 5 - Raya Kelima… 19 Jun 2018 ( Selasa )
Second last day sebelum balik ke Malaysia kami meneruskan dengan melawat ke Sovereign Hill dan kemudian ke Hosier Lane, disini ialah tempat shopping perfume ( Chemist Warehouse ) selepas itu kami menuju ke South Whart Promenede, perjalanan berakhir ke apartment, banyak sebenarnya tempat yang belum kami pergi kerana kesuntukan masa .




Day 6 - Raya Keenam… 20 Jun 2018 ( Rabu )
Bersiap sedia dan menuju ke Southern King Cross Station untuk ke Tullamrine Airport, Melbourne Australia dan menaiki penerbangan untuk pulang ke tanah air iaitu Malaysia. Kami bertolak dari Melbourne jam 0930 dan tiba di Malaysia jam 1605.

Comments

Popular posts from this blog

Kayuhan mendaki genting peras

Pengalaman bercuti di Sabah – Aktiviti menarik di Kundasang.

Pengembaraan mengayuh ke tempat bersejarah di Negeri Perak.