Suasana disini tenang. Udaranya nyaman. Cukup mudah untuk melihat kabus bergerak ditiup angin. Sesekali akan terasa sejuk apabila angin bayu bertiup mengenai kulit.Terasa tenang dan damai apabila berada di kawasan pergunungan seperti ini. Kadang-kadang saya rasa pelik. Ada sesetengah orang, dia tak suka tempat-tempat macam ni. Nampak macam tak ada benda katanya. Bagi dia, kalau bercuti, lebih seronok pergi ke tempat-tempat yang boleh shopping. Ada shopping mall dan sebagainya. Siapa kata kat Kundasang tak boleh shopping? Ada je tempat kita boleh shopping. Cuma barang apa yang anda nak shopping tu je mungkin tak sama macam apa yang anda bayangkan. Masa di Kundasang Kita tak perlu nak ubah masa pada jam yang kita pakai. Masa di Kundasang sama sahaja dengan masa kita di Kuala Lumpur. Bezanya ialah, disini cepat gelap. Waktu solat juga lebih awal disini. Jadi kena sentiasa alert, dan satu lagi, Subuh di Kundasang masuk awal. Masa saya datang sini, Subuh masuk...
Comments
Post a Comment