Kayuhan santai pantai


Kali ini kayuhah kami menuju kea rah pantai morib. Kayuhan sejauh 128 kilometer ini bermula di Putrajaya Challenge Park. Kayuhan bemula pada pukul 7 pagi dan menuju ke Dengkil dan menghala ke arah Daerah Banting. Kami melalui Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong dan melalui Kampung Olak Lempik.

Kami sampai Di pantai Morib pada pukul 9 pagi. Ada ketika ini kami dapat melihat air masih lagi surut pagi dan kami bersarapan pagi di kawasan kafe di sekeliling pantai Morib. Selesai makan pagi kami meneruskan perjalanan ke Tanjong Sepat dan melalui Sungai Pelek. Di Sungai Pelek kami menaiki bot unutk melintas Sungai Pelek dan memasuki  Negeri Sembilan dan terus ke Bukit Pelanduk kami mengalami pnas yang sangat tinggi mencecah 38 darjah selsius. Memasuki nilai kami dah merasai kami sudah sampai ke kedestinasi tetapi rialitinya masih jauh perjalanan kami.
Memasuki Sepang kami berehat sebentar bagi memberi laluan kepada Perlumbaan Basikal Menjelajahan Selangor 2018. Melihat kayuhan bersemangat itu kami   

meneruskan kayuhan kami semula dengan saki baki tenaga yang ada walaupun sedikit tetapi dengan semangat dan azam kami akan teruskan hingga ke Putrajaya dan akhirnya kami sampi di Putrajaya pada pukul 1.30

Comments

Popular posts from this blog

Kayuhan mendaki genting peras

Pengalaman bercuti di Sabah – Aktiviti menarik di Kundasang.

Pengembaraan mengayuh ke tempat bersejarah di Negeri Perak.