Kayuhan ke bukit malawati


Entri kali ini kita mengayuh ke bukit bersejarah di Selangor iaitu Bukit Malawati. Sejauh 109 kilometer pergi dan balik. Perjalanan kali ini lebih ringkas kerana hanya melalui 2 lebuh raya iaitu lebuhraya koridor Guthrie dan lebuhraya latar.


Kali ini pejalanan kami hanya dipenuhi dengan cabaran cuaca yang panas di waktu tengahari dan juga hujan disebelah petang. Tetapi apabila sampai ke destinasi yang ditujui iaitu bukut malawati itu semua hilang kerana kami mencapai sesuatu yang amat lama kami hajati Cuma kerana kekangan masa dan kerja belum mempunyai masa untuk melakukan aktiviti kayuhan ke sana. Bukit Malawati adalah satu tempat tarikan pelancong yang sangat cantik di negeri Selangor.

 

Keunikkan nya adalah kerana di puncak kita boleh bermain dengan monyet dari spesis Lotong yang sangat jinak dengan pengunjung yang datang ke Bukit Malawati. Monyet ini berwana jingga pada awal kelahiran dan akan bertukar warna ke pada kelabu kehitaman apabila dewasa. Di Bukit Malawat juga terdapat sebuah Makam Diraja Selangor iaitu Sultan Selangor Pertama: Sultan Salehuddin (Raja Lumu) 1742-1778, Sultan Selangor Kedua: Sultan Ibrahim 1978- 1842, Sultan Selangor ketiga: Sultan Mahmud 1942- 1857 semasa pusat pemerintahan Negeri Selangor terletak di Kuala Selangor sebelum berpindah ke Klang. 

Terdapat juga Meriam Keramat yang meletup secara sendiri semasa usaha membawanya ke Klang. Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning. Terletak di dalam kawasan makam Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12 km ke selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. 
Nama asalnya adalah ‘Petoi Boga’ yang bermaksud Puteri Putih. Setelah siap memberikan penghormatan kepada raja terdahulu kami pun memluakan kayuhan pulang ke Denai Alam dan dlam kepenatan dan kepanasan kami dikurniakan hujan Alhamdulillah dapat la menyejukan badan….


Comments

Popular posts from this blog

Kayuhan mendaki genting peras

Pengalaman bercuti di Sabah – Aktiviti menarik di Kundasang.

Pengembaraan mengayuh ke tempat bersejarah di Negeri Perak.