Perkongsian 34 tips ke Maldives

Sebelum menjelang Ramadan baru-baru ini, Aku telah ke Maldives bersama isteri kesayangan. Berikut 34 tips yang telah dikongsikan oleh Hadi buat anda yang akan travel ke sana.


1. Male adalah ibu negara bagi Maldives

2. Airport dan Bandar Male terpisah dengan 2 buah pulau dan feri akan menghubungkan antara 2 
pulau tersebut

3. Matawang adalah Rufiya. (1USD = 15 Rufiyya)

4. Barang runcit, kedai makan & kedai kecil gunakan Rufiya, perkhidmatan lain kebanyakkan menggunkan USD.

5. Dari Malaysia tukar duit ke USD dan tukar ke Rufiyya apabila tiba di airport. Simpa resit untuk tukar balik duit jika tak habis guna.

6. Beza masa dengan Malaysia adalah 3 jam (Malaysia ke hadapan).

7. Maldives adalah negara Islam, benda2 yang merapu macam tak ada.

9. Tak boleh pakai 2pieces or 1pieces, hanya di Private Island saja boleh.

10. Makanan ada yang murah ada yang mahal. Harga antara RM 25 – RM40 sekali makan.

11. Pekan Male kecil saja, 2-3 jam boleh pusing habis semua kawasan.

12. Elakkan makan di kedai yang bernama Restaurant sebab ada tax dan service charge. Makan di Café atau kedai-kedai ala-ala rakyat gitew untuk harga yang murah. 

13. Setiap perkhidmatan daripada syarikat yang berdaftar dikenakan tax 10% + GST 12% bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan.

14. Setiap malam yang kita menginap di kenakan Green Tax bagi setiap orang X (darab) setiap malam (3USD setiap malam)

15. Ekonomi utama Maldives adalah industri pelancongan, cukai dan ikan tuna.

16. Ombak di Maldives agak kuat – Indian Ocean kot!

17. Kad kredit di terima secara meluas tapi ada caj untuk setiap transaksi

18. Kebanyakan rakyat Maldives macam Bangladesh tapi mereka wangi-wangi dan rambut kerinting afro.

19. Penerbangan KUL-MALE adalah 4 jam 15 min via AirAsia.

20. Harga normal tiket penerbangan RM770, Promo RM580, Super Promo RM377! (return).

21. Jika tinggal di Pulau Besar seperti Maafushi hotel lebih murah (RM180-600) semalam.

22. Jika menginap di private island yang selalu orang pergi (RM1200 – 12,000) semalam. 



23. Jika nak ke Maafushi Island naik feri tempatan tambang 3USD (1jam 45 min) tapi naik speedboat kena caj 25USD (45min).

24. Makanan kegemaran di Maldives adalah capati dan tuna dengan kelapa parut. 



25. Aktiviti yang boleh buat di sini : trip snorkelin, tengok ikan lumba-lumba atau penyu, trip memancing, Resort Tour.

26. Di Airport hanya ada kedai makan: Thai food, Burger King, Coffee & Pastries, Pizza. Semua makanan harga memang mahal sikit

27. Dulu nama Airport Ibrahim Nasir, sekarang dah tukar ke nama Valena International Airport.

28. Boarding Pass dia memang comel!

29. Tempoh yang ideal untuk melawat Maldives adalah 4 hari 3 malam dah cukup.

30. Kalau ada duit lebih boleh cuba naik SeaPlane untuk melihat Maldives dari udara dan merasai pengalaman untuk kapal terbang mendarat atas lautan. 



31. Kebanyakan orang Maldives boleh cakap bahasa Inggeris.

32. Jika nak simpan beg di Airport caj dikenakan adalah 6 USD untuk beg saiz biasa dan 10 USD untuk beg besar.

33. Fridge magnet kebanyakannya berharga 2 USD bagi setiap satu, pandai-pandailah tawar harga ya.

34. SimCard boleh di beli di Airport. 3GB berharga 16 USD untuk 7hari. Di hotel juga ada wifi.

Comments

Popular posts from this blog

Kayuhan mendaki genting peras

Pengalaman bercuti di Sabah – Aktiviti menarik di Kundasang.

Pengembaraan mengayuh ke tempat bersejarah di Negeri Perak.