4 Tips Persediaan Asas Sebelum Pergi Melancong
Melancong adalah aktiviti yang sering ditunggu-tunggu tidak kira sesiapa sahaja terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Kerana dengan melanconglah kita semua dapat melepaskan lelah setelah penat bekerja.Apabila tiba sahaja cuti sekolah atau cuti umum, maka berduyun-duyunlah masing-masing membawa keluarga pergi bercuti. Melancong dalam atau luar negara sekalipun yang penting kita dapat merasai keseronokkan bersama yang tersayang. Setiap lokasi pelancongan mempunyai tarikan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, bagi mengelakkan sebarang masalah dalam percutian kita, kita perlu mengetahui tips persediaan asas sebelum keluar pergi melancong.
1. Tentukan Tempat Percutian
Langkah pertama, kita perlu menyenaraikan lokasi percutian
yang ingin dituju. Buat senarai pendek, dan buat perbincangan bersama pasangan
lokasi mana yang dianggap sesuai. Jika mahu bercuti ke Kedah, maka ketahui
lokasi mana yang perlu dilawati. Katakan kita memilih Pulau Langkawi, maka
percutian perlu difokuskan dalam satu-satu tempat sahaja.
Dalam menentukan lokasi percutian, sila pastikan bahawa
kawasan yang ingin dituju sesuai dengan iklim cuaca pada ketika itu. Jika musim
tengkujuh tiba, elakkan pergi melancong ke kawasan yang sering terdedah kepada
banjir besar. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Lebih-lebih lagi jika kita memilih untuk bercuti di pantai, cuaca musim
tengkujuh dianggap tidak sesuai.
Sebagai tambahan, jika mahukan idea pelancongan tempat
menarik, boleh layari laman web Groupon. Ini kerana mereka turut menawarkan percutian menarik dengan diskaun
yang tidak masuk akal. Bagaimanapun ia bergantung kepada sesebuah lokasi yang
ditawarkan.
2.Mengkaji Lokasi
Percutian Pelancongan
Kita perlu membuat sedikit kajian tentang keadaan
persekitaran lokasi pelancongan tersebut. Sebagai contoh tadi, kita memilih
Pulau Langkawi sebagai destinasi kita. Lakukan analisa tempat-tempat menarik di
kawasan tersebut.
Anda digalakkan membuat susunan tempat-tempat menarik
mengikut tempoh menginap di sana. Contohnya, hari pertama aktiviti Tour Island
dan Cable Car. Hari kedua Makam Mahsuri dan begitulah seterusnya. Perancangan
ini nampak mudah, namun sangat membantu melancarkan hari percutian kita.
3. Rancang Perjalanan
Kita boleh memilih untuk merancang perjalanan dengan
menggunakan perkhidmatan awam ataupun kenderaan sendiri. Jika mahu menjimatkan
masa, boleh menaiki kapal terbang. Jika mahu merasai keseronokkan melancong
boleh menaiki kereta. Bagaimanapun, kedua-duanya terpulang mengikut keselesaan
masing-masing. Jika mahu menggunakan kenderaan sendiri, sila pastikan kenderaan
berada dalam keadaan baik dan sudah diservis.
Jika memilih menggunakan perkhidmatan awam, lakukan tempahan
tiket dengan lebih awal. Kebiasaannya, tempahan awal boleh menikmati diskaun
bergantung kepada promosi yang dilakukan oleh pihak tertentu.
4. Urus Bajet
Jika mahu menikmati keseronokkan yang berganda, kita
perlulah bijak untuk menguruskan bajet. Tidak semestinya keseronokkan hanya boleh
dinikmati bagi yang berbelanja lebih sahaja. Jika kita melakukan pengiraan
sesuatu kos dengan lebih awal, secara tidak langsung kita dapat menguruskan
wang dengan lebih baik. Bayangkan jika tidak menguruskan bajet dengan betul,
sudah tentu wang akan dihabiskan belanja kepada perkara yang tidak berfaedah.
Elakkan membawa wang tunai yang banyak ketika sedang bercuti.
Kesimpulan
Secara kesimpulan, rancanglah perjalanan percutian kita
dengan sebaik-baiknya. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini berlaku,
tanganilah dengan tabah dan sabar. Segala perancangan yang dibuat adalah untuk
memastikan percutian kita berjalan dengan lancar. Maka, dari sekarang jom kita
menabung untuk merancang percutian yang seterusnya. Semoga dengan usaha kita
membuahkan hasil.
Comments
Post a Comment