Pengembaraan mengayuh ke tempat bersejarah di Negeri Perak.
Basikal adalah satu bentuk kenderaan yang membolehkan kita gunakan untuk bersenam dan juga mengembara. Sejarah basikal dicipta apabila manusia mahukan kenderaan yang murah untuk diselengara dan bersih. Ia dicipta bagi mengantikan kuda yang telah digunakan dari awal zaman peradaban manusia.
Saya tidak terkecuali dengan memilih
basikal sebagai yang sekarang ini menjadi trend unutk mendapatkan badan yang
sihat dan secara tidak lansung dapat mengembara ke tempat yang cantik dan menikmati
pemandangan yang indah-indah. Baru-baru ini saya telah mengembara ke Negeri
Perak yang terkenal dengan sejarahnya.
Kami memulakan kayuhan di UTC Gopeng menghala ke Malim Nawar sebuah Bandar di perak
yang dahulunya sebuah pekan yang menjalankan aktiviti perlombongan biji timah
dan kesan peningalan di malim nawar kita boleh lihat lombong-lombong lama yang
ditinggalkan sekarang menjadi tasik yang cantik dan menjadi tempat bagi kaki
pancing untuk melepaskan gian untuk mengail ikan air tawar.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLma5H7te-9dPEhamzoIsa6p-QDjbqVRuqpqmBWlF6S6ni9wOzvnkXnGWc6VPnmFmqYlXy0z4hL_0oLCuY_Aca_ImkM1diUDMTMuZY3_q2RoHpTIsStkDi6ycIlD0T8Qf0LzKS7vc168Y/s400/IMG-20180713-WA0002.jpg)
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Pasir Salak yang terkenal dengan kisah pembunuhan Residen Inggeris J.W.W Birch yang di bunuh oleh Dato Maharaja Lela. Di sini terdapat kompleks Sejarah Pasir Salak yang di mana di sini lah tumpahnya darah pejuang- pejuang Malaysia yang menentang penjajah British. Terdapat juga rumah dato Maharaja Lela, tugu peringatan Pahlawan Perak, dan tempat di ama J.W.W Birch Dibunuh. Tidak lupa juga. Kami melalui Kellie’s Castle sebuah rumah agam yang ditinggalkan di oleh William Kellie–Smith yang ditinggalkan sebelum sempat siap kerana beliau jatuh sakit dalam masa pembinaan Istana ini sekarang ia adalah salah satu tarikan pelancong yang sangat terkenal apabila kita ke Perak.
Comments
Post a Comment