Pengalaman bercuti di Sabah – Aktiviti menarik di Kundasang.
Suasana disini tenang. Udaranya nyaman.
Cukup mudah untuk melihat kabus bergerak ditiup angin. Sesekali akan terasa
sejuk apabila angin bayu bertiup mengenai kulit.Terasa tenang dan damai apabila
berada di kawasan pergunungan seperti ini.
Kadang-kadang saya rasa pelik. Ada sesetengah
orang, dia tak suka tempat-tempat macam ni. Nampak macam tak ada benda katanya.
Bagi dia, kalau bercuti, lebih seronok pergi ke tempat-tempat yang boleh shopping.
Ada shopping mall dan sebagainya. Siapa kata kat Kundasang tak boleh shopping?
Ada je tempat kita boleh shopping. Cuma barang apa yang anda nak shopping tu je
mungkin tak sama macam apa yang anda bayangkan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeTtbY_3owZNxGXdT2IpV1h781RZKkSwlkKkCMByNargdiu3IHnKUSLNj4WU9cnuXSto1G_zKgvjfOvRDZFBQaXA3gS3FR9YAR3c3p-nyZX1r6DFf2Xr3yjmsltZvmac12GYbXvt51gFQ/s400/1.jpg)
Kita tak perlu nak ubah masa pada jam yang
kita pakai. Masa di Kundasang sama sahaja dengan masa kita di Kuala Lumpur.
Bezanya ialah, disini cepat gelap. Waktu solat juga lebih awal disini. Jadi
kena sentiasa alert, dan satu lagi, Subuh di Kundasang masuk awal. Masa saya
datang sini, Subuh masuk pada jam 4.41 pagi. Punyalah sejuk nak ambil wudhu’
waktu-waktu macam ni. Kalau nak cari tempat makan, boleh pergi ke Pekan
Kundasang. Kat situ ada beberapa kedai makan. Restoran KFC pun ada kat situ.
Biasa kalau di KL, pukul 8 baru nak cari
makan malam. Tapi di Kundasang, pukul 8 dah macam pukul 10 rasanya. Jadi,
sebaik-baiknya keluarlah makan awal sikit, sebab bimbang kedai dah banyak yang
tutup pada waktu tu.
Desa Dairy Farm
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXsSqZpxjG0wREa-VwaaDDKxvfFKqOWLRmoNrArseBUdf49MONcHXON0Q__2dyf7uo44h8KbHXoqqEJmxPTaY2D2o_Qv9_1zhT1PBwhkJvSA0l8UI3SiM4SFRAX1Ef7GxldWnHeZezQ30/s400/2.jpg)
Kat sekitar sini, kita akan lihat
pemandangan rumah-rumah penduduk setempat dan kawasan-kawasan yang ditanam
dengan hasil pertanian. Lepas tu macam biasa, akan kelihatan juga pemandangan
kawasan pergunungan. Bayaran masuk ke Desa Dairy Farm adalah RM5.00 sahaja
untuk dewasa, manakala bagi kanak-kanak, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak
RM4.00 sahaja. Boleh lihat pada gambar dibawah ini.
Desa Dairy Farm ni dibuka setiap hari dari
jam 8.00 pagi sampai 5.00 petang sahaja. Lebih baik datang awal pagi, sebabnya
waktu saya datang tu, bila dah masuk pukul 10 macam tu, tempat ni agak panas. Apa
yang menarik kat tempat ni ialah pemandangannya yang nampak seolah-olah berada
di luar negara. Memang cantik.![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinrIuUJEd9zL9wkGSYXTj2k-l9HR49dQeAvF52RgALgcybQyUSHQpOztPCA0ufruvyCai2oXXY11SeETq6ai3jWemS1ED22uH08OCx8L8bI8WhNa4auTkwlvaZT6AAKZimsNCt8xA4GoM/s400/4.jpg)
Dengan adanya lembu-lembu hitam dan putih, nampak macam berada di New Zealand, kan? Bila dah ada di Desa Dairy Farm, bolehlah beli produk-produk dairy yang dijual disini. Anda boleh beli Gelato Coklat & Gelato Yogurtm (aiskrim), susu, cheese, yogurt dan sebagainya. Produk-produk ni semua, tak sesuai untuk beli banyak-banyak, melainkan anda ada peti sejuk untuk memastikan produk-produk ni semua tidak rosak.
Lembu-lembu yang ada disini adalah terdiri
dari jenis Holstien-Friesian yang mana lembu jenis ini berasal dari
Netherlands, sekitar 2000 tahun dahulu. Ada satu tempat di Desa Dairy Farm ni,
kita boleh bagi makan dan susu kepada anak-anak lembu dan kambing.
Kalau nak rasa pengalaman bagi susu kepada
anak lembu, bolehlah beli susu dengan harga RM1.50 sahaja. Kalau nak bagi makan
rumput, murah sahaja, iaitu RM1 sahaja.
Ringkasnya, di Desa Dairy Farm ni, saya
boleh simpulkan aktiviti menarik dalam ini adalah
(1) Bergambar
(2) Nikmati produk dairy yang segar
(3) Bagi makan anak lembu dan kambing
(4) Lihat secara live bagaimana cara
perahan susu dilakukan
(5) Lihat cara hidup lembu
Kalau tak silap saya, saya luangkan masa
lebih kurang 2 – 3 jam dalam ni. Lepas tu, kami keluar dari Dairy Farm dan
drive di kawasan kat sekitar. Tengok kawasan Rocky Mountain, Golf Course, dan
sebagainya. Disekitar sini juga ada banyak resort. Drive je tanpa tujuan. Tak
perlu takut sesat. Selagi nampak ada jalan yang boleh dilalui oleh kenderaan,
selagi tu kita redah je. Agak-agak jalan terlalu sempit dan mustahil untuk
kereta masuk, just patah balik sahaja. Bila dah sampai ke tempat orang, rugilah
rasanya kalau kita tak explore semua sekali. Perjalanan di sekitar Kundasang,
kita akan melalui kawasan tanah tinggi dan pergunungan.
Perkhidmatan kereta sewa kota-kinabalu
Sebaik-baiknya, anda pastikan kereta yang
anda bakal sewa tu nanti, adalah sesuai untuk perjalanan anda. Kalau anda masih
belum ada kereta sewa lagi, bolehlah dapatkan dari laman web ini. Saya pernah
tulis cara-cara nak buat tempahan dan trik untuk dapatkan diskaun tambahan
sekiranya buat tempahan dari laman web tersebut.
Baiklah lepas ni saya akan cerita tentang
Kinabalu Park pula. In Shaa Allah.
Comments
Post a Comment