Jepun merupakan salah satu negara termahal di dunia
Jepun merupakan salah satu negara termahal di dunia, tetapi negara ini adalah sebuah destinasi pelancongan yang sangat menakjubkan dan cantik. Banyak tempat menarik untuk dilawati seperti Gunung Muji, Bandar Tokyo yang sibuk dan Bandar Zen yang kaya dengan budaya seperti Kyoto. Jangan takut pada harga yang ditawarkan di Jepun samada makanan, tempat tinggal atau pengangkutan kerana pengalaman melancong di Jepun adalah sangat berharga dan menarik! Kami akan bantu anda untuk menyenaraikan tips berjimat ketika melancong di Jepun nanti.
MAKANAN
Anda tidak perlu berlapar semata-mata ingin menjimatkan
perbelanjaan anda kerana masih ada makanan yang dijual dikedai boleh didapati
dengan harga yang murah sekitar 1000-2000 yen.
Namun memasak adalah pilihan yang paling bijak
untuk berjimat. Dengan memilih homestay yang menyediakan kelengkapan untuk
memasak, anda mampu untuk berjimat. Sebagai contoh, jika anda makan di restoran
budget di Jepun, kos yang paling murah bagi hidangan lengkap dewasa untuk
seseorang adalah antara 1000yen(RM40) ke 2000yen(RM80). Jepun merupakan negara
yang paling tinggi kos sara hidup, oleh itu tidak hairan lah jika kos sara
hidup amat tinggi berbanding di Malaysia. Sebagai
contoh, kos ayam mentah tanpa tulang yang halal berat 2kg adalah 800yen(RM25)
dan beras Thailand 5kg berharga 1500yen(RM46).Budget makan untuk seminggu 4 orang
Ayam mentah 2kg = 4 kali hidangan
Untuk seminggu, sarapan dan makan malam 7 kali = 14
hidangan(8 kg ayam) = 2400yen(RM100)
Beras 5kg = 14 kali hidangan(seminggu) = 1500yen(RM46)
Total kos = 2400yen(RM100) + 1500yen(RM46) = 3900yen(RM146)/
seminggu
Kami sarankan agar anda membawa bahan-bahan masakan seperti
perencah segera dan lain-lain daripada Malaysia.
TEMPAT TINGGAL
Untuk pengetahuan anda, Guest house yang kami sediakan adalah jenis seluruh rumah, jadi anda tidak perlu berkongsi dengan penghuni lain. Guest house bukan sahaja menyediakan kelengkapan memasak, malah turut menyediakan kemudahan mesin basuh, microwave dan peti sejuk. Secara purata, Guest house menawarkan harga yang lebih murah dengan kadar bayaran 3300yen(RM99) untuk 1 malam seorang.
PENGANGKUTAN
Kos pengangkutan adalah kos yang paling mempengaruhi
percutian anda di Jepun yang termasuk tiket penerbangan serta pengangkutan
dalam bandar.
Penerbangan Antarabangsa
Berikut adalah cara jimat untuk menjimatkan tambang
penerbangan ke Jepun :
1. Tempah tiket penerbangan di luar waktu kemuncak kerana
harga tiket adalah lebih murah
2. Perlu rajin mencari dan membandingkan harga tiket
penerbangan yang ditawarkan oleh setiap agensi pelancongan. Sekiranya anda
bernasib baik, anda akan dapat ‘Special Offer’ dari agensi tersebut.
3. Pertimbangkan untuk menggunakan penerbangan
murah seperti Air Asia atau Jetstar kerana kadarnya yang lebih murah dan
menjimatkan.
Pengangkutan Semasa Berada di jepun
Perancangan percutian yang teliti boleh menjimatkan
perbelanjaan anda di Jepun nanti. Perancangan yang paling sesuai adalah apanila
anda hanya bercuti di satu tempat tumpuan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya
anda melawati Tokyo, tumpukan perjalan anda di sekitar Tokyo sahaja untuk
mengelakkan cas pengangkutan awam yang terlalu mahal.
Walaubagaimanapun, jika nada ingin melawat beberapa kawasan lain
di Jepun, mungkin checklist ini dapat membantu anda :
Japan Bus Pass :
Dijual sejak tahun 2010. Pas ini adalah sesuai untuk
perjalanan bas jarak jauh di Jepun (Anda perlu bersedia menghabiskan malam anda
di dalam bas). Jika digunakan secara efisyen, pas ini adalah sangat-sangat
menjimatkan!
Semua
pelancong yang ingin melawat lebih dari satu daerah di Jepun adalah disarankan
untuk mengambil tiket ini kerana ia menawarkan perjalanan tanpa had ke seluruh
Jepun yang dikendalikan oleh Syarikat Japan Railways termasuk Shinkansen
(Bullet Train). Terdapat tiga pilihan jenis pas iaitu pass yang boleh digunakan
selama 7 Hari Tanpa Had, 14 Hari Tanpa Had atau 21 Hari Tanpa Had.
Highway Buses :
Bas ini adalah satu cara yang lebih ekonomi untuk perjalanan
yang menjimatkan, Harganya adalah dua kali jimat daripada pengangkutan kereta
api. Tips untuk lebih jimat adalah, mengambil bas ini pada waktu malam dan anda
boleh jimat kos tempat tinggal anda kerana anda boleh bermalam di dalam bas
sahaja! Bas ini boleh ditempah dalam talian dalam Bahasa Inggeris.
Penerbangan Dalam Negara :
Banyak syarikat penerbangan dalam negara menawarkan harga
dan diskaun berpatutan kerana banyak persaingan. Skymark Airlines, Peach
Aviation dan Jetstar adalah antara syarikat penerbangan yang sering menawarkan
harga rendah.
Feri :
Feri adalah pilihan yang jarang dipakai oleh pelancong.
Tambah kelas kedua untuk feri boleh menjadi agak murah jika dibandingkan dengan
keretapi, bas dan kapal terbangBerdasarkan
pengalaman kami berjalan-jalan di Jepun, kami kerap menggunakan kad
touch&go (pasmo) kerana ia merupakan pilihan yang paling jimat dan
memudahkan. Dengan kad pasmo, anda tidak perlu beratur panjang untuk membeli
tiket. Di samping itu anda juga boleh menukar laluan keretapi dengan mengunakan
kad touch&go yang sama.
Comments
Post a Comment