Kayuhan mendaki genting peras

Genting peras adalah salah satu tempat tumpuan untuk para pengayuh basikal di seluruh Malaysia. Terletak antara sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan ia menjadi tumpuan peara pengayuh basikal kerana kurangnya tumpuan kenderaan bermotor dan juga pemandangan yang cantik. 


Permulaan kayuhan yang bermula dari pekan batu 14 Hulu Langat anda bolah meletakkan kenderaan sama ada di dewan berdekatan atau Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah. Di Situ anda boleh bersarapan dahulu sebelum memulakan kayuhan atau pun bersiap sedia sebelum memulakan kayuhan. Pemulaan kayuhan menysuri jalan sungai tekali kita akan di tmukan dengan kawasan perkampungan orang Melayu dan juga melalui sungai Langat.

Di sini cabaran bermula untuk mendaki bukit yang pertama yang dikenali sebagai bukit hantu dikalangan pengayuh basikal seluruh Selangor kerana tahap pendakian setinggi 300 meter dan cerun curam walaupun tidak tinggi tetapi memberikan cabaran yang amat tinggi pada pengayayuh yang baru saja mengayuh seperti saya. Mengambil masa yang agak lama unutk kepuncak dan terpaksa berhenti sebanyak 4 kali kerana keletihan. Seterusnya pendakian diteruskan hingga kepuncak sampai sahaja kepuncak salah seorang rakan kami mengalami kerosakan pada tayar basikal beliau. Membaiki mengambil masa yang sekejap memandangkan kesemua yang mengayuh pada hari itu semuanya pakar membaiki basikal.

Menuruni bukit hantu amat menyeronokan tetapi perlu berhati agak tidak terjelepok jatuh berguling- guling. Sampai dikaki bukit kita akan bertemu dengan timpang 3 dan akan melalui Jalan Sungai Lalang dan sepanjang perjalan ini kita akan dapat melihat keindahan Empangan Semenyih dan akan sampai ke persimpangan Peras. Di sini kita boleh berehat dan berhenti sebentar untuk mengisi air atau makan buah-buahan yang dijual di persimpangan itu.

 


Selesai berehat disini lah bermula pendakian menawan puncak Genting Peras setinggi 800 meter ia dikenali juga Genting Perez (Sebutan ala-ala Perancis). Melalui perkampungan rumah asli Kampung Londah. Dari kampung Lodah itu mengambil masa 1jam dan sejauh 5.4 kilometer. Pejalanan pulang boleh kita boleh singgah di café Bahulu Klasik.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bercuti di Sabah – Aktiviti menarik di Kundasang.

Pengembaraan mengayuh ke tempat bersejarah di Negeri Perak.